" Demi Masa "
" Pautan Bestari "
" Pautan Pilihan "
" PTK ONLINE "
" KOLEKSI DOA HARIAN "
Blog Archive
Popular Posts
-
Majlis Anugerah Cemerlang SKUP 2009 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 12 November 2009.Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tu...
-
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi...
-
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُْوْبَكُمْ وَاللهُ غَفُوْرٌ رَحِيْمٌ Ertinya :...
-
Falsafah Pendidikan Negara " Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangk...
-
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِنَا الأَمِيْنِ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْح...
-
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati aka...
-
Sesi persekolahan 2010 telah bermula.Bacaan doa mengambil tempat dalam slot pertama perhimpunan 2010.Segala harapan dan impian yang tersemat...
-
Teknik menjawab soalan Matematik dan Sains telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 15.05.2010 bertempat di Dewan Bestari SK LKTP Ulu Peng...
ARQUIVO
" Sumbang Saran "
Tuesday, October 27, 2009
MUHASABAH DIRI
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.